BESUT: Peningkatan kes Covid-19 yang membimbangkan di daerah ini mendorong seorang pemuda menawarkan khidmat pengangkutan secara sukarela bagi membawa pesakit yang disahkan positif ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). Rozaini Rasli, 33, bukan sekadar menyediakan van, malah turut menjadi pemandu kenderaan tersebut semata-mata untuk meringankan beban petugas barisan hadapan yang sudah letih dan tidak menang tangan. Katanya, inisiatif itu tercetus apabila mendapat tahu kemudahan logistik dan pemandu di Pejabat…