Abdul Hadi semakin pulih - Utusan Malaysia

Abdul Hadi semakin pulih

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin pulih selepas hampir tiga minggu menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi dijangka dibenarkan keluar dalam masa terdekat. 

“Alhamdulillah, beliau semakin sembuh dan saya rasa dalam masa terdekat boleh keluar dari hospital. 

“Pada saya beliau dalam keadaan ceria dan teruja untuk bersama dengan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Sekolah Kebangsaan Kesom, di sini hari ini.

Pada 6 Jun lalu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menerima rawatan susulan di IJN. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN