Waris Nurhalim terima RM99,000 insuran - Utusan Malaysia

Waris Nurhalim terima RM99,000 insuran

AIDI Ismail (kiri) menyantuni Nur Asyfa Alisyah, anak Allahyarham Nurhalim Tumiran yang didukung oleh bapa saudaranya, Romi Tumiran di Felda Bukit Damar, Lanchang di Temerloh, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Waris Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran, 24, yang maut selepas tertembak oleh rakannya di Sibu, Sarawak pada Khamis lalu akan menerima pampasan secepat mungkin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail memberi jaminan urusan pampasan Allahyarham diuruskan segera untuk diserahkan kepada warisnya.

Jelasnya, Allahyarham memiliki tiga skim insuran daripada Koperasi Polis sebanyak RM99,000 setelah menjadi ahli koperasi berkenaan.

“Pampasan itu dapat meringankan beban kewangan balu Allahyarham Nur Fitrah Ramli, 24, meneruskan kehidupan dan membesarkan anak tunggalnya, Nur Asyfa Alisyah berusia setahun dua bulan,” katanya kepada pemberita di rumah ibu Norhalim, Jamilah Daman di Felda Bukit Damar, Lanchang di sini hari ini.

Aidi berkata, beliau hadir ke rumah keluarga mangsa hari ini bersama isterinya sebagai tanda simpati kepada keluarga Allahyarham.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, tiga suspek direman selama tujuh hari sehingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kesemua suspek berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya