Video dipercayai ahli politik bersama wanita tular - Utusan Malaysia

Video dipercayai ahli politik bersama wanita tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah klip video yang memaparkan seorang individu dipercayai ahli politik memasuki bilik hotel bersama seorang wanita tular hari ini dalam media sosial.

Dalam paparan video berkenaan, individu berkenaan kelihatan dipeluk seorang wanita dengan diekori dua wanita lain.

Video berdurasi hampir enam minit itu dipercayai dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) tahun lalu dan dimuat naik di laman Twitter.

Ahli politik yang dikaitkan dalam video tersebut dikatakan pembantu khas kepada salah seorang menteri yang kini berada dalam kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN