PETALING JAYA: Kerajaan digesa menetapkan harga siling dan jadikan ia barang kawalan bagi ujian calitan Covid-19 di semua institusi kesihatan swasta bagi menggalakkan orang ramai melakukan saringan secara sukarela. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, buat masa ini harga kedua-dua ujian saringan Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen berbeza dengan ada yang mencecah hingga RM400.…











