fbpx

Tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini mengulangi senario sama tahun lalu apabila tiada penganjuran aktiviti majlis rumah terbuka yang dibenarkan oleh kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia antara beberapa prosedur operasi standard (SOP) dipersetujui pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Setelah meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), MKN bersetuju SOP dicadangkan sempena perayaan itu  pada13 Mei ini,” kata beliau pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau,  turut dilarang amalan takbir dari rumah ke rumah meliputi semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Malahan solat sunat Aidilfitri di semua masjid dan surau serta ziarah tanah perkuburan di semua kawasan yang berstatus PKP Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan.

Ini tahun kedua umat Islam di Malaysia dikenakan pelbagai syarat ketat bagi menyambut perayaan itu dalam usaha kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19.

Langkah itu termasuk larangan merentas negeri untuk tujuan balik kampung meraikan Hari Raya Puasa bersama ibu bapa bagi mengelak jangkitan dan kewujudan kluster baharu. – UTUSAN