Tak hadir temu janji vaksin mungkin dikompaun - Utusan Malaysia

Tak hadir temu janji vaksin mungkin dikompaun

SALAH seorang warga emas yang menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV Seremban baru-baru ini . – UTUSAN/IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mempertimbangkan mengenakan kompaun atau penalti kepada individu yang gagal hadir temu janji untuk vaksinasi Covid-19.

 Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tindakan tegas itu akan dibawanya dalam perbincangan pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Covid-19 (JKJAV) tidak lama lagi.

“Langkah ini hanya akan dibuat setelah pendekatan sukarela dan pendaftaran menerusi pelbagai saluran dilaksanakan sepenuhnya tetapi individu itu masih tidak hadir juga,” katanya.

 Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar secara maya di pejabatnya di sini hari ini yang turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah.

 Utusan Malaysia hari ini melaporkan kira-kira 52,771 individu di tujuh negeri gagal hadir untuk menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan pelbagai alasan remeh.

 Angka itu mewakili 30 peratus daripada keseluruhan penerima. Ketidakhadiran individu berkenaan merugikan perbelanjaan kerajaan bagi pembelian vaksin selain menafikan peluang orang lain.

Semalam ramai yang hampa apabila gagal mendaftar untuk menerima vaksin AstraZeneca pusingan kedua apabila laman sistem itu ditutup sejam selepas dibuka.

Sambutan luar biasa itu susulan kebimbangan sebahagian besar masyarakat dengan lonjakan pesakit baharu Covid-19 yang sudah mencecah lebih 7,000 kes buat tiga hari berturut-turut.

 Mengulas lanjut, Dr. Adham berkata, sebilangan besar masyarakat mungkin tidak menghargai nilai vaksin itu kerana beranggapan ia diberi secara percuma selain hasutan golongan antivaksin.

“Kerajaan memberi jaminan bekalan adalah cukup tetapi setiap vaksin ini ada tarikh luput dan perlu dimanfaatkan setiap individu yang diberi peluang menerusi janji temu,” katanya.

Menyentuh isu bekalan, Adham berkata, kerajaan melalui JKJAV sudah menerima jaminan jadual penghantaran pihak pengeluar di luar negara dan cukup bagi rakyat Malaysia.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya