Sultan Perak terima serahan zakat perniagaan RM14.4j - Utusan Malaysia

Sultan Perak terima serahan zakat perniagaan RM14.4j

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menerima cek serahan zakat perniagaan daripada Pengarah Tabung Haji Perak, Mohamad Abas pada majlis di Istana Kinta di Ipoh, Perak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada lapan agensi korporat yang berjumlah RM14.4 juta di Istana Kinta, di sini hari ini.

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menjadi agensi tertinggi membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2020 iaitu sebanyak RM7.03 juta diikuti Lembaga Air Perak (LAP) RM4.6 juta, Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. sebanyak RM800,203 dan Pertubuhan Peladang Negeri Perak berjumlah RM692,046.

Lain-lain pihak yang menyerahkan zakat perniagaan ialah Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad sebanyak RM494,467, Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd. RM302,000, Maybank Islamic Berhad RM295,695 dan Telekom Malaysia Berhad RM211,062.

Majlis dihadiri Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

Shahrul Azam berkata, syarikat yang membayar zakat perniagaan dapat mengukuhkan reputasi mereka dengan pelanggan masing-masing malah memenuhi tuntutan ‘stake holder’ muslim setiap syarikat.

“Ketika kita berada dalam persekitaran yang amat mencabar sekarang, syarikat korporat bukan sahaja perlu bersaing untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap serta mengeluarkan produk yang berkualiti tetapi juga perlu bersama menonjolkan sikap kepedulian terhadap mereka yang memerlukan melalui pengagihan kekayaan zakat syarikat bagi membantu sosio ekonomi masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis serahan zakat perniagaan berlangsung secara ringkas namun dijalankan penuh istiadat dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya