Salah pakai PPE undang maut - Utusan Malaysia

Salah pakai PPE undang maut

TMABAHAN RM 1 bilion untuk sektor kesihatan sangat tepat pada masanya. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan mudah pakai PPE setiap hari

MOHAMAD ATHIR ISMAIL / pix FAIZ ALIF
[email protected]

SERDANG: Serba-serbi dua lapis, begitulah prosedur pemakaian pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang perlu dipatuhi oleh setiap petugas barisan hadapan ketika mengendalikan pesakit Covid-19.

Bukan sahaja perlu mematuhi kaedah pemakaian, ini kerana mereka umpama memperjudikan nyawa sendiri dengan mendedahkan diri dengan serangan virus jika memandang mudah tatacara menggunakan PPE.

Ketika tinjauan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, wartawan Utusan Malaysia berpeluang memasuki kawasan zon merah, namun perlu memakai PPE.

Sebelum memakaI PPE, petugas perlu menukar pakaian sendiri termasuk tudung, stoking dan kasut kepada uniform khas yang dibekalkan oleh pihak hospital. Sebelum itu, aksesori seperti telefon bimbit, jam tangan, kunci dan sebagainya perlu disimpan dalam sebuah rak yang disediakan.

Ini kerana, jika petugas menggunakan pakaian sendiri, maka ia perlu dibuang sekali dengan PPE yang dipakai apabila keluar daripada zon merah.

Pemakaian PPE dimulakan dengan membasuh tangan menggunakan cecair sanitasi sebelum memakai sarung kaki berwarna putih yang dipakai bersama-sama kasut dan memasukkan bahagian bawah seluar ke dalam sarung.

Kemudian petugas perlu sanitasi tangan sekali lagi sebelum memakai sarung tangan getah berwarna biru dan diikuti dengan pemakaian penutup kepala seterusnya pelitup muka jenis N95.

Selepas itu, petugas perlu mengenakan penutup kepala penuh yang berbentuk seperti tudung dan memastikan bahagian leher dan kepala tertutup kemas sebelum memakai plastik pelindung muka dan menyarung apron berlengan panjang.

Selesai memakai apron, sehelai lagi apron jenis plastik tidak berlengan perlu dipakai sebagai lapisan perlindungan tambahan dan akhir sekali memakai sarung tangan getah berwarna putih dengan memasukan lengan apron ke bahagian dalam.

Sebelum memasuki zon merah, petugas perlu memastikan PPE yang dipakai lengkap dengan menutupi setiap bahagian anggota badan.

Namun, walaupun sudah memastikan keselamatan ketika pemakaian PPE, wartawan yang bukan petugas kesihatan tidak dibenarkan bersentuhan seperti bersalam dengan pesakit ketika bertanyakan khabar kepada mereka.

Selepas itu, untuk keluar dari zon merah, petugas perlu melalui laluan khas untuk pembukaan PPE yang dinamakan sebagai ‘doffing’.

Proses doffing mengambil sedikit masa sebelum petugas dibenarkan keluar dari kawasan zon merah, ini kerana mereka perlu membasuh tangan dengan cecair sanitasi sebelum menanggalkan setiap komponen PPE.

Malah, terdapat langkah khas untuk menanggalkan sarung kasut sebagai komponen terakhir. Petugas perlu menanggalkan sarung kasut pertama dan meletakkan kaki dalam zon bersih yang dipisahkan dengan sebuah garisan, kemudian diikuti dengan sarung kasut sebelahnya pula.

Setiap komponen PPE yang sudah digunakan, mesti dibuang dalam tong khas.

Selesai menanggalkan PPE, petugas diarahkan untuk mandi dekat ruangan khas dan memasukkan pakaian dan tuala yang sudah dipakai juga ke dalam sebuah tong khas. Kemudian petugas dibenarkan memakai kembali pakaian sendiri.

Justeru, itulah proses yang perlu dilalui petugas barisan hadapan setiap kali mereka perlu mengenakan PPE untuk mengendali atau merawat pesakit Covid-19.

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN