Pukul warga asing: Yusuf Azmi, Abang Ali ditahan polis

Pukul warga asing: Yusuf Azmi, Abang Ali ditahan

TANGKAP layar video seorang lelaki warga asing dipukul yang tular dalam media sosial. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi serta seorang individu dikenali sebagai Abang Ali antara enam individu yang ditahan polis berhubung kejadian seorang warga asing dipukul di Cheras di sini sehingga tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kesemua individu berusia 24 hingga 54 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penularan video tersebut.

“Bagaimanapun, seorang daripada lima suspek berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Tindakan itu diambil selepas siasatan dilakukan mendapati suspek adalah pemilik premis di lokasi kejadian.

“Lima lagi suspek yang masih dalam tahanan dibawa ke Mahkamah Kajang bagi permohonan reman hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Zaid, mahkamah membenarkan kelima-lima suspek berkenaan direman selama satu hari bagi menjalankan siasatan kes tersebut.

Ujar beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd. Radzee Jamudi di talian 019-6655811 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Semalam akhbar melaporkan polis giat mengesan sekumpulan individu yang memukul lelaki warga asing selepas satu rakaman video berkaitan kejadian itu tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan kaki lima sebuah premis kedai di Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang.

Terdahulu tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan lima hingga enam lelaki mengepung dan menyoal seorang lelaki dipercayai warga asing di hadapan sebuah premis kedai.

Rakaman video berdurasi seminit 54 saat itu turut menunjukkan seorang suspek kemudian memukul lelaki warga asing berkenaan diikuti beberapa rakan suspek.

Beberapa posting menerusi Facebook mendakwa kejadian itu didalangi kumpulan suspek terdiri daripada pengerusi dan pengikut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek kerana didakwa menjual baju cetak rompak NGO terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya