PETALING JAYA: Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya boleh menggunakan bas perantara yang disediakan di beberapa stesen ekoran kemalangan malam kelmarin. Pegawai Hubungan Hal Ehwal Media Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Azhar Ghazali berkata, bas perantara disediakan itu digunakan bagi membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park. Katanya, langkah tersebut dibuat bagi mengelakkan pengguna menunggu masa agak…










