PKP: Kenapa tiada arahan kerja dari rumah - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

PKP: Kenapa tiada arahan kerja dari rumah – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq syed Abdul Rahman melahirkan kebimbangan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) siri ketiga kali ini tidak membabitkan arahan kerja dari rumah.
Sedangkan katanya, majoriti kluster Covid-19 adalan berpunca daripada tempat kerja.
Dalam hantaran di Facebook, beliau menyenaraikan 10 kluster tempat kerja yang menyumbangkan kepada peningkatan kes Covid-19 sekarang ini.
“Tetapi apakah tindakan kerajaan pada waktu PKP 3.0 untuk Kluster Tempat Kerja?
“Sehingga hari ini, tidak ada arahan untuk Bekerja Dari Rumah. Atau sebarang rancangan untuk memastikan kluster tempat kerja tidak lagi bertambah dari hari ke hari.
“Hari ini (7 Mei) ada 22 kematian baharu. Ini bukan isu politik atau isu siapa layak memerintah. Nyawa rakyat sekarang harus dilindungi. Malangnya tidak ada apa-apa rancangan yang dibentangkan.
“Sehingga hari ini juga, tidak ada SOP terbaru di tempat kerja. Kerajaan tidak boleh hanya mengharapkan majikan untuk mengarahkan pekerja bekerja dari rumah.
“Perlu ada arahan rasmi dari kerajaan. Bangunlah dari tidur dan lindungilah rakyat segera, wahai kerajaan!” Tegas beliau.
Beliau berkatam setakat ini kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah mengumumkan tiga siri PKP, tetapi beliau lihat tidak ada perubahan kepada cara kerajaan bertindak melawan Covid-19.
“Contohnya, hari ini sahaja dicatatkan ada 10 Kluster Tempat Kerja yang baru,” katanya.
Kluster itu kata beliau ialah:
1. Kluster Persiaran Perpaduan USJ
2. Kluster Jalan Nouvelle
3. Kluster Jalan Manjalara Idaman
4. Kluster Jalan Udang Harimau
5. Kluster Jalan Besar Pasir Mas
6. Kluster Blok D Jalan Pending
7. Kluster Jalan Kempas Pagoh
8. Kluster Ladang LSP
9. Kluster Jalan Perusahaan Empat
10. Kluster Jalan PKAK Ayer Keroh
“Ini bukan jumlah kluster Tempat Kerja yang kecil,” katanya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya