Perikatan 3.0: Gabungan baharu UMNO? - Ahmad Zahid

Perikatan 3.0: Gabungan baharu UMNO?

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UM­NO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan mengenai pembentukan jajaran atau gabungan politik baharu yang dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau juga memberi baya­ngan bahawa ada usaha ke arah itu yang melibatkan gabungan bersama PKR dan DAP selepas mempertimbangkan kesesuaian dinamik politik negara yang sentiasa berubah atau mengikut perubahan semasa.

“Kedinamikan politik pasti ber­laku. Saya bukan seorang nujum politik tetapi saya yakin kalau mahu disebut hala tuju atau kedinamikan itu, sama ada ia akan diadakan dalam waktu terdekat, atau dalam tempoh yang hanya Allah sahaja tahu kerana kalau mengikut cukup tempoh, pilihan raya adalah pada 2023.

“Pada ketika itu, saya hampir pasti bahawa akan ada sesuatu yang akan berlaku kepada UMNO, sebagai sebuah parti induk orang Melayu dan Islam, di mana ketika itu akan ada Perikatan 3.0 bukan Perikatan Nasional,” katanya semasa wawancara Program 75 Tahun Jubli Intan anjuran UMNO Online semalam.

MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ

Spekulasi kerjasama UMNO, DAP dan PKR muncul Januari lalu susulan dakwaan bekas Setia­usaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa mengenai percubaan dan rundingan antara parti itu dalam apa yang diistilahkan sebagai pembentukan jajaran baharu politik.

Soal kerjasama UMNO dan DAP juga turut timbul ketika krisis pertukaran Menteri Besar Perak, apabila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyatakan kesediaan bekerjasama dengan UMNO dalam pembentukan kerajaan Perak sebagai bukti mereka bukan anti-Melayu dan anti-Islam.

Bagaimanapun, UMNO dikatakan tetap dengan pendirian yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) iaitu menolak kerjasama dengan PKR atau DAP malah Ahmad Zahid sendiri menafikan adanya kerjasama tersebut menjelang pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kenyataan Ahmad Zahid tidak mencerminkan keputusan rasmi parti sebaliknya hanya panda­ngan peribadi.

“Kita minta akar umbi UMNO untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk bekerjasama dengan parti selain daripada UMNO,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ber­kata, kenyataan Ahmad Zahid boleh disalah tafsir kerana beliau sekadar membayangkan bentuk kerjasama baharu itu, selain ia berlawanan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini.

“Macam beliau cakap sebelum ini iaitu No Anwar, No DAP. Tetapi, bagi DAP, kami rela bekerjasama dengan semua parti demi negara, rakyat dan juga memerangi wabak Covid-19. Untuk isu-isu negara, mendesak untuk membuka semula Parlimen juga DAP sedia bekerjasama dengan UMNO. Setakat itu sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.