PETALING JAYA: Kenaikan harga ayam mencecah RM9.50 sen sekilogram bukan permainan orang tengah mahupun penternak, sebaliknya keputusan peniaga sendiri. Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, Jeffery Ng berkata, pada masa ini harga ayam di ladang turun 60 sen berbanding RM5.80 sebelum ini berikutan faktor permintaan berkurangan. Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu bertindak bagi memastikan peniaga tamak dikenakan tindakan sewajarnya. “Harga di ladang turun. Jika harga di pasar atau pasar raya…










