Pejuanita desak polis siasat dakwaan Abdul Hamid - Utusan Malaysia

Pejuanita desak polis siasat dakwaan Abdul Hamid

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pejuanita mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung campur tangan politik dalam pasukan itu dan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Ketuanya, Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, ini susulan video tular yang menunjukkan dakwaan yang perlu disiasat termasuklah dakwaan seorang menteri yang mencadangkan individu pilihannya untuk dinaikkan pangkat bagi kepentingan peribadi. 

“Saya berpendapat apa yang diketengahkan Abdul Hamid perlu disiasat terutama tindakan menteri dalam menentukan jawatan-jawatan tertinggi PDRM.

“Ini hal yang sangat serius, sekiranya benar ia akan menggugat keseluruhan struktur keselamatan rakyat,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak dekat sini hari ini. 

Bibi Sunita hadir kira-kira pukul 1.30 petang dan selesai membuat laporan kira-kira 30 minit kemudian. 

Dalam pada itu, menurut Bibi Sunita, beliau juga meminta campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam hal ini serta perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung dakwaan tersebut. 

Jelasnya, walaupun tiada peruntukan yang menghalang ahli politik lompat parti namun dia percaya perbuatan tersebut melibatkan kegiatan rasuah. 

“Mungkin berlakunya amalan rasuah sehingga individu itu lompat parti. Kita akan membuat laporan kepada  SPRM tidak lama lagi,” ujarnya.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN