Pas, Gerakan belum nyata berapa kerusi mereka mahu di Johor - Utusan Malaysia

Pas, Gerakan belum nyata berapa kerusi mereka mahu di Johor

DR. SAHRUDDIN Jamal (berdiri, tengah) bersama Ir. Md. Nasir Hashim (berdiri, kiri) beramah mesra dengan pengamal media Johor dalam Majlis Berbuka Puasa Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor di Johor Bahru, semalam. -UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang kini bernaung di bawah Perikatan Nasional (PN) belum menyatakan hasrat mereka berhubung jumlah kerusi yang mahu ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di negeri ini.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, satu mesyuarat bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan kedua-dua parti komponen dalam PN itu akan diadakan pada masa terdekat.

“PN akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat untuk (berbincang) mengenai pembahagian kerusi antara Bersatu, Pas dan Gerakan, kita sedang menunggu ‘green light’ daripada pucuk pimpinan untuk adakan mesyuarat itu.

“Setakat ini, Pas dan Gerakan belum menyatakan berapa kerusi mereka nak bertanding (di Johor), tetapi Insya-Allah kita akan cuba cari jalan penyelesaian yang terbaik supaya ketiga-tiga parti berpuas hati dengan pembahagian itu,” katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor bersama Media Johor di Hotel Holiday Villa di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor, Ir. Md. Nasir Hashim yang juga Senator Dewan Negara dan Presiden Kelab Media Johor (KMJ), Mohamad Fauzi Ishak.

Sementara itu, Dr. Sahruddin yang juga Setiausaha Bersatu Johor berkata, parti itu masih terbuka bagi menjalin hubungan kerjasama dengan UMNO meskipun reaksi kepimpinan UMNO kebelakangan ini yang banyak menghentam Bersatu.

“(Walaupun) Kita sentiasa buka pintu untuk kerjasama dengan UMNO, namun memandangkan respons kebelakangan ini yang UMNO banyak hentam atau tak setuju untuk kita bersama-sama, jadi pihak kami (perlu) sentiasa siap sedia menghadapi PRU-15 tak kisah siapa pun lawan kita, sama ada dua penjuru atau tiga penjuru.

“Maknanya, kalau mereka (UMNO) tidak mahu bersama kita, kita siap sedia sahajalah untuk (pertembungan) tiga penjuru,” katanya yang mengesahkan tiada pembahagian kerusi antara PN dan UMNO dibincangkan sehingga hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.