Kongres Nasional PKR 5 Jun ini di Shah Alam - Saifuddin

Kongres Nasional PKR 5 Jun ini

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung PKR iaitu Kongres Nasional kali ke-15 akan diadakan di Shah Alam pada 5 dan 6 Jun ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, persidangan bagi sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR akan diadakan pada 5 Jun manakala PKR Pusat akan mengadakannya pada 6 Jun ini.

“Kongres ini akan dikendalikan secara hibrid iaitu secara maya dan fizikal bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Jadi PKR menjangkakan 1,000 perwakilan hadir secara fizikal yang meliputi 152 cabang dari Semenanjung, maknanya perwakilan dari Sabah dan Sarawak akan mengikuti secara dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kongres kali ini bertemakan ‘Pentas Rakyat’ iaitu menumpukan kepada isu ekonomi, kesihatan, politik dan kebajikan rakyat.

“Kongres kali ini akan menumpukan kepada ucapan dasar presiden iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada 5 Jun sebelah malam. Pada 6 Jun, perbahasan akan menyentuh usul ucapan dasar presiden. Pembahas negeri akan berbahas dari sudut kesihatan, ekonomi, politik dan isu rakyat.

“Kita lebih tumpukan aspek ekonomi dan kesihatan kerana ia melibatkan penularan wabak Covid-19 tetapi sebagai parti politik, perspektif politik juga akan disentuh,” katanya.

Tambahnya, kongres ini juga akan dihadiri pimpinan parti dari rakan komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Amanah sebagai tetamu jemputan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN