Kes pukul: Perlswak popular, Lan Pet Pet buat laporan polis

Kes pukul: Lan Pet Pet buat laporan polis

ASHARI ABU SAMAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada pelawak popular, Lan Pet Pet berhubung pergaduhan membabitkan dia dengan pekerja syarikat penghantar makanan yang tular dalam media sosial.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang pda Sabtu lalu, satu video berdurasi 23 saat itu tular menunjukkan artis terbabit berselisih faham dengan seorang penunggang syarikat penghantar makanan di hadapan kedutaan Russia.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, setakat ini, polis hanya menerima laporan daripada pelawak terbabit sementara penunggang motosikal itu masih belum tampil.

“Pergaduhan itu dikatakan tercetus akibat selisih faham di jalan raya.

“Polis meminta kerjasama individu yang terbabit untuk tampil membuat laporan supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ashari memberitahu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Terdahulu, tular video seorang lelaki dipercayai Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan.

Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya itu, pelawak dan pelakon dari kumpulan Senario itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.

Dalam masa sama, Lan turut ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus memukul lelaki itu dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan raya itu.

Dalam keadaan marah, Lan turut menjerit dengan kata-kata berbaur amaran, ‘Hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?’

Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, mencetuskan kegemparan ramai apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya