Kerajaan tidak pernah sekat kebebasan bersuara rakyat - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak pernah sekat kebebasan bersuara rakyat

DR. SAHRUDDIN JAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah menghalang atau menyekat kebebasan bersuara rakyat termasuk golongan muda di negara ini.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, namun pihaknya berharap kebebasan itu tidak sehingga menimbulkan provokasi melampau dan mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, pihaknya menyerahkan kepada polis mengambil tindakan lanjut dan melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sekiranya wujud dalang kepada perbuatan tersebut yang berlaku di Parit Raja, dekat sini, Khamis lalu.

“Tindakan polis menahan 20 individu sebelum ini adalah untuk mengambil keterangan dan membantu siasatan, jadi berikanlah ruang sepenuhnya kepada polis,. Sekiranya benar wujud dalang kepada perbuatan ini, PN Johor harap polis segera membawa dalang tersebut ke muka pengadilan.

“Sangat malang apabila kudrat dan semangat anak muda ini dimanipulasi pihak tertentu untuk melakukan perbuatan yang melanggar batas perundangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial video yang memaparkan kira-kira 40 orang itu membuat halangan jalan raya menggunakan motosikal dan kereta di laluan berkenaan selama 15 minit bagi menarik perhatian dengan kain rentang tertera tulisan ‘Kerajaan Gagal’ serta membakar suar dan mercun.

Dr. Sahruddin yang juga merupakan bekas Menteri Besar Johor berkata, sebarang ketidakpuasan hati tidak sewajarnya dizahirkan dengan tindakan yang menyalahi undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya