Kadar pengangguran menurun kepada 4.7% pada Mac - Utusan Malaysia

Kadar pengangguran menurun kepada 4.7% pada Mac

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar pengangguran negara menurun kepada 4.7 peratus pada Mac lalu dengan 753,200 orang penganggur,

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kadar tersebut berkurang 0.1 mata peratus berbanding Februari lalu.

“Bilangan penganggur berkurang sebanyak 24,400 orang kepada 753,200 orang berbanding 777,500 orang pada Februari.

“Penganggur aktif yang didefinisikan sebagai mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan turun sebanyak 20,500 orang atau -3.2 peratus kepada 626,900 orang berbanding 647,400 orang pada Februari.

“Lebih separuh daripada penganggur aktif dikategorikan sebagai mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan (51.1 peratus) manakala 10.9 peratus penganggur aktif berada dalam pengangguran jangka panjang iaitu bagi tempoh lebih daripada setahun,” katanay dalam kenyataan dekat sini semalam.

Tambah Mohd. Uzir, bilangan tenaga buruh pada Mac turut naik 0.2 peratus dengan pertambahan 34,300 orang kepada 16.08 juta orang pekerja berbanding 16.05 juta pada Februari.

Bulan Mac juga mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada 68.6 peratus berbanding 68.5 peratus pada Februari.

Selain itu, kata beliau, bilangan penduduk bekerja juga meningkat sebanyak 0.4 peratus (pertambahan 58,700 orang) kepada 15.33 juta orang berbanding 15.27 juta orang pada Februari.

“Bilangan penduduk bekerja berada dalam trend menurun untuk sebelas bulan berturut-turut sejak April 2020, namun buat pertama kalinya mencatatkan pertumbuhan positif dengan peningkatan sebanyak 0.6 peratus (pertambahan 96,900 orang).

“Selain itu, nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan kemampuan ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga adalah sebanyak 65.4 peratus berbanding 65.2 peratus pada Februari,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya