fbpx

Instafamous dikompaun RM1,500 tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PUTRAJAYA: Polis telah mengenakan kompaun RM1,500 kepada seorang instafamous kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya.
Video itu turut melibatkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di laman sosial miliknya, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali  berkata, kompaun itu dikenakan kerana individu tersebut melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
Katanya, ia dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, semalam.
Mohd Fadzil berkata, pihaknya mengesan video itu dimuat naik individu terbabit pada pukul 9.15 malam, Ahad lepas.
Daripada semakan katanya, mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, di sini.
“Video tersebut turut melibatkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terlibat dalam adegan lakonan tersebut berpakaian penuh uniform,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mohd Fadzil, individu terbabit tidak memakai pelitup muka ketika dalam video berkenaan selain dilihat mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri.
Menurut beliau, dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terlibat dalam video tersebut sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan IPD Putrajaya.
“Saya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal ini,” katanya.
×
×