Fahmi Reza dipangil beri keterangan di IPD Kajang berhubung lukisan grafik Adham Baba - Utusan Malaysia

Fahmi Reza dipangil beri keterangan di IPD Kajang berhubung lukisan grafik Adham Baba

Fahmi Reza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pereka grafik Fahmi Reza telah dipanggil oleh pihak polis sekali lagi, kali ini berhubung satiranya  yang menggambarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam hantaran di Facebook  hari ini katanya, dia dalam perjalanan ke ibu pejabat polis Kajang untuk temu janji.

“Polis telah membuka dua kertas siasatan baru di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana grafik satira saya di Facebook dan Twitter,” katanya.

Dia mengatakan ini adalah kali ketiga dia disoal siasat oleh polis kerana lukisan satira Menteri Kesihatan.

Minggu lalu dilaporkan bahawa Fahmi telah dipanggil ke markas polis Kajang dan Sepang pada 6 Mei untuk dua kes baharu terhadapnya.

Fahmi disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana berniat menghina dan mencetuskan pelanggaran keamanan; dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk dua siaran yang dibuatnya di Twitter.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya