PUTRAJAYA: Kerajaan yakin tidak timbul isu lambakan dalam pemberian vaksin AstraZeneca yang diperoleh menerusi dua saluran iaitu fasiliti Covid-19 Vaccine Global Access (Covax) dan secara terus dari syarikat farmaseutikal itu di Universiti Oxford, United Kingdom (UK). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, menerusi fasiliti Covax, negara bakal memperoleh 1.39 juta dos iaitu untuk kegunaan hampir tiga peratus jumlah populasi atau meliputi 695,000 penduduk negara.…











