2,021 pelita terangi malam tujuh likur di Sri Gading - Utusan Malaysia

2,021 pelita terangi malam tujuh likur di Sri Gading

SEBANYAK 2,021 pelita digunakan untuk menghiasi pintu gerbang di Kampung Baru, Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Baru, Sri Gading, di sini tetap dirasakan meskipun kerajaan melarang aktiviti rentas negeri dan daerah sempena perayaan itu sehingga 20 Mei ini.

Bagi penduduk di situ, sebanyak 2,021 pelita yang menghiasi pintu gerbang di laluan masuk ke kampung pasti menceriakan suasana Aidilfitri, tambahan ada penduduk yang tidak dapat berhari raya di daerah lain.

Penyelaras Projek Pintu Gerbang Pelita Kampung Baru, Mohd. Azam Isnin berkata, pemasangan jumlah pelita pada tahun ini menggunakan konsep tahun 2021.

“Kami mengambil masa lebih awal tahun ini iaitu kira-kira sebulan sebelum Ramadan untuk melakukan proses membina semula pintu gerbang pelita dengan reka bentuk baharu dan lebih menarik.

“Berbanding tahun lalu, kami menambah seramai 15 orang lagi tenaga kerja yang terdiri daripada golongan belia di kampung ini bagi membantu menyiapkan pintu gerbang pelita berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Menurut Mohd. Azam, bagi menyiapkan bentuk pintu gerbang yang direka pada masa terluang di sebelah petang secara sedikit demi sedikit.

“Bagi reka bentuk pintu gerbang pelita yang ditampilkan pada tahun ini adalah mengambil idea reka bentuk daripada sebuah masjid di negeri Selangor yang mempunyai bentuk lebih menarik.

“Tahun ini kami menambah baik proses kehadiran pengunjung yang datang untuk mengambil gambar dengan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) seperti menyediakan buku catatan pengunjung, kod QR MySejahtera dan pengimbas suhu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Nor Rashidah Ramli berkata, pihaknya menyambut baik usaha penduduk kampung yang kreatif dalam menceriakan kampung berkenaan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya