Universiti Sains Islam Malaysia komited capai misi - Tuanku Aishah Rohani

USIM komited capai misi – Tuanku Aishah Rohani

TUANKU Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada Nur Ain Hannani Hamid, graduan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknik Makanan) dari Fakulti Sains dan Teknologi pada Majlis Konvokesyen USIM Ke-18 di USIM, Nilai, Seremban hari ini. - FOTO/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Cabaran masa kini menjadikan peranan universiti awam dalam membentuk kepemimpinan mahasiswa adalah amat penting dan utama.

Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud bertitah, USIM dilihat kekal utuh menjalankan peranannya terutama sebagai ejen pembangunan kepemimpinan mahasiswa dan terus komited untuk melahirkan insan berilmu mendokong integrasi ilmu naqli dan aqli.

“Ini selaras dengan misi USIM 2022 iaitu menjadi sebuah universiti sains Islam glokal berimpak tinggi. Beta yakin pengalaman kamu di USIM telah mendedahkan kamu dengan ilmu pengetahuan dan pembentukan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing,” titah baginda sempena Majlis Konvokesyen Ke-18 USIM (Sidang Pertama) di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilau di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pro Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin.

Pada majlis berkenaan, Tuanku Aishah Rohani telah berkenan mengurniakan Ijazah Kehormat kepada Datuk Dr  Ahmad Faizal Mohd Perdaus yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Perubatan dan Hassan Scott Odierno dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Aktuari.

Seramai 2,686 graduan USIM yang tertangguh majlis konvokesyen mereka pada tahun lalu kerana pandemik Covid-19 diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-18 USIM bermula 6 hingga 18 April ini.

Dilaksanakan dalam 23 sesi sepanjang tempoh tersebut, majlis konvokesyen USIM yang mengangkat tema sambutan 20 tahun USIM iaitu ‘Berjasa, Berbudi Untuk Semua’ kali ini unik kerana dilaksanakan secara hibrid selari dengan norma baharu.

Para graduan akan menerima ijazah masing-masing secara berperingkat dalam majlis konvokesyen yang diaturkan secara temu janji mulai 7 hingga 18 April dengan jumlah kehadiran minima bagi setiap sesi yang ditetapkan dengan rakaman gambar graduan menerima skrol diambil menggunakan teknik skrin hijau.

Dua tokoh dalam lapangan masing-masing yang menerima Ijazah Kehormat ialah Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Perubatan dan Hassan Scott Odierno dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Aktuari.

Graduan Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Wan Nur Ira Izyan Izani dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) selain kepada Nur Ain Hannani Hamid, graduan Sarjana Muda Sains dengan kepujian (Bioteknologi Makanan) dari Fakulti Sains dan Teknologi.

Graduan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dari Fakulti Syariah Undang-undang, Iskandar Zulkarnain Shamsul serta graduan Doktor Falsafah Sains dan Teknologi dari Fakulti Sains dan Teknologi, Mohd. Ilias M Shuhud pula menerima Anugerah Canselor.

Anugerah utama baharu iaitu Anugerah Lembaga Pengarah Universiti dinobatkan kepada graduan Sarjana Muda Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko dari Fakulti Sains dan Teknologi, Raih Salsabila. 

Pingat Emas Naib Canselor dianugerahkan kepada graduan Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Ahmad Anwaar Muhammad Saifullah.

Majlis konvokesyen kali ini turut meraikan 33 graduan sulung dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan iaitu Ijazah Sarjana Komunikasi Media Baharu dengan Kepujian dan seorang graduan bagi Doktor Falsafah Undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya