Kes pendakwah selebirit: Tarikh akhir serahan dokumen 15 Jun

Cabul, seks luar tabii babitkan pendakwah selebiriti: Tarikh akhir serahan dokumen 15 Jun

SYED Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful (kanan) hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi sebutan kesnya atas pertuduhan cabul dan seks luar tabii. - FOTO/NORLIZAH ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Jun ini bagi tarikh akhir serahan dokumen kepada pihak pembelaan dalam kes cabul dan seks luar tabii yang dihadapi oleh
pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid memaklumkan terdapat satu dokumen belum diserahkan iaitu laporan perubatan mangsa.

“Dokumen lain telah diberi kecuali dokumen perubatan sahaja belum diserahkan,” katanya.

Dalam prosiding itu, Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed diwakili oleh Syed Amirul Syed Edros. Pendakwah selebriti itu kini dibebaskan dengan jaminan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen dan RM5,000 oleh Mahkamah Majistret.

Pada 19 Mac lalu, kes cabul yang dihadapi oleh Syed Shah Iqmal dipindahkan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen selepas Majistret Muhammad Iskandar Zainol membenarkan permohonan pihak pendakwaan.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap
seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun
Keseksaan.

Di Mahkamah Majistret pula, pendakwah muda tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, pada 16 Mac lalu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam pendakwaan sudah menyerahkan kepada pembelaan dua dokumen berkaitan laporan perubatan bagi kes rogol Syed Shah Iqmal yang didakwa atas petuduhan merogol seorang wanita dua tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya