Rasuah: MBPJ tidak akan kompromi kakitangan terlibat jenayah, rasuah

Rasuah: MBPJ tidak akan kompromi kakitangan terlibat jenayah, rasuah

MOHD. SAYUTHI BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan tegas termasuk menamatkan perkhidmatan akan dikenakan kepada kakitangan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang didapati bersalah melakukan jenayah dan gejala rasuah serta salah laku lain.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar berkata, pihaknya akan memberi kerjasama terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya ada yang terlibat dengan kesalahan terbabit.

Malah katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangan yang didapati melanggar sebarang bentuk undang-undang.

“Kita juga turut akan melaksanakan penapisan ketat terhadap calon-calon penjawat awam yang baharu dan selepas pelantikan. 

“Mereka diwajibkan menghadiri pelbagai kursus yang menekankan pelbagai aspek dan perkara berkaitan kerja serta jati diri termasuk hal rasuah,” katanya dalam perutusan mesyuarat majlis MBPJ di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Sayuthi berkata, jumlah kes demam denggi di daerah berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 81 peratus berbanding tahun 2020 dengan sebanyak 1,885 kes

“Sejumlah 354 kes yang dilaporkan pada 16 hingga24 April lalu. Laporan kes demam denggi ini menunjukkan penurunan sebanyak 81 peratus berbanding tahun 2020 dengan sebanyak 1,885 kes. 

“Jumlah ini merupakan jumlah yang terendah berbanding dua PBT yang lain di daerah Petaling. MBPJ merekodkan sejumlah 354 kes, MBSA 574 kes dan MBSJ 626 kes,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya