Protes #Undi18, lebih 4 individu dipanggil  - Utusan Malaysia

Protes #Undi18, lebih 4 individu dipanggil 

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis mengesahkan memanggil lebih empat individu yang menyertai perhimpunan membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan undi 18 tahun di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, mereka terdiri daripada ahli politik dan penganjur perhimpunan tersebut.

“Kalau dia nak protes, dia boleh protes tetapi janganlah langgar SOP (prosedur operasi standard).

“Kita menghormati prinsip-prinsip bagi mereka ‘exercise’ dia punya hak yang ditetapkan oleh Perlembagaan, tetapi apabila dia melanggar SOP berkaitan Covid-19, kita terpaksalah ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Unit Anjing Pengesan (K9) di Pit Latihan Seksyen K9 di sini hari ini.

Himpunan itu antara lain menuntut kerajaan membenarkan warganegara berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi secara manual jika masalah pendaftaran secara automatik sukar dilaksanakan.

Kira-kira 200 anak muda bersama pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik pembangkang menyertai perhimpunan tersebut.

Pada masa sama, Abdul Hamid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk memanggil beberapa lagi individu yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan itu bagi membantu siasatan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya