Pemandu teksi jadi penghantar makanan e-bazar Ramadan, e-kitchen

Pemandu teksi bakal jadi penghantar makanan e-bazar Ramadan, e-kitchen

AMIRUDIN Shari menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang pemandu teksi sambil diperhatikan oleh Rodziah Ismail (dua dari kiri) sempena majlis pengagihan bakul makanan kepada pemandu teksi dan bas di Bangunan SUK Selangor hari ini. -  FOTO/NORHAYATI YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemandu teksi yang berdaftar di negeri ini bakal menjadi penghantar barang dan makanan menerusi e-bazar dan e-kitchen bermula Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata, hasrat itu adalah bagi membantu meningkatkan ekonomi pemandu teksi di Selangor.

Menurutnya, setakat ini, seramai kira-kira 6,319 pemandu teksi yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di negeri ini.

“Kerajaan negeri akan membantu golongan ini dengan memberikan latihan menggunakan perkakas yang menghubungkan antara mereka dengan penjaja dalam lingkungan radius dua kilometer.

“Kita mempunyai pelbagai program dan bantuan untuk membantu rakyat terutama pada masa pandemik Covid-19 ini, namun apabila kami melihat dalam tempoh jangka panjang, kita fikir sesuatu perlu dibuat untuk membantu mereka mendapatkan wang tambahan bulanan.

“Setakat ini, kita mempunyai e-bazar Ramadan dan e-kitchen, jadi kita mahu panggil pemandu teksi ini untuk menjadi e-hailing, kita bekalkan gajet untuk mereka menghantar pesanan dan sekali gus mereka boleh menambah pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengagihan bakul makanan kepada pemandu teksi dan bas sekolah di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor hari ini yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, Rodziah memberitahu, program di bawah Bingkisan Mesra Selangor itu akan mengagihkan sebanyak 7,900 bakul makanan membabitkan jumlah RM1.4 juta kepada semua pemandu teksi dan bas menerusi agensi-agensi kerajaan negeri terutama 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu secara berperingkat.

Jelasnya, proses pengagihan pertingkat pertama dijangka memberi manfaat kepada 3,571 penerima menjelang Ramadan iaitu seramai 1,045 penerima di Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kajang (870), Majlis Perbandaran Klang (441), Majlis Perbandaran Kuala Langat (336) dan Majlis Perbandaran Sepang (124).

“Seramai 490 penerima lagi adalah di Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Daerah Sabak Bernam (31) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (234) yang disampaikan secara berperingkat bermula 3 hingga 11 April nanti.

“Bagi PBT lain seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Daerah Hulu Selangor, pengagihan bakul makanan itu akan diberikan mengikut PBT masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya