Namakan institusi pendidikan, sekolah ada kes positif Covid-19

Namakan institusi pendidikan, sekolah ada kes positif Covid-19

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan perlu menimbangkan cadangan supaya menamakan institusi pendidikan termasuk sekolah yang mempunyai kes positif Covid-19 dalam kalangan warganya. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu bagi mengelak pihak tertentu khususnya ibu bapa membuat spekulasi berkenaan situasi pandemik tersebut di sesebuah sekolah yang boleh menimbulkan kebimbangan awam.

Jelasnya, langkah itu juga merupakan permintaan ibu bapa sendiri yang mahukan kepastian mengenai situasi jangkitan Covid-19 di sekolah sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak mereka atau sebaliknya. 

“Pendekatan ketika ini apabila ada kes berlaku, Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian risiko dan keputusan menutup sekolah akan dibuat apabila keadaan memerlukan.

“Bagaimanapun kita berharap kementerian dapat pertimbangkan permintaan supaya institusi pendidikan atau sekolah itu dinamakan supaya ibu bapa tidak membuat spekulasi atau berbincang sesama sendiri serta tahu mengenai situasi di dalam sekolah itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditanya berkenaan situasi penularan wabak Covid-19 di sekolah di negeri ini serta sama ada kerajaan negeri akan mengambil langkah seperti di Kelantan dan Selangor yang menutup beberapa buah sekolah selepas terdapat kes positif dalam kalangan pelajarnya.

Ditanya berkenaan kes penularan wabak Covid-19 di institusi pendidikan di negeri ini, Kon Yeow berkata, kluster pendidikan tidak dilaporkan di negeri ini meskipun berkemungkinan terdapat kes-kes positif tertentu. 

Jelas beliau, Kementerian Kesihatan akan menamakan kluster tertentu sekiranya kes positif Covid-19 di kesan merebak seperti dalam sembilan kluster kilang yang masih aktif di negeri ini ketika ini.

“Di Pulau Pinang situasi kes dalam institusi pendidikan tidak sampai ke peringkat itu (merebak), kita percaya jika berlaku seperti itu, maka kaedah sama juga akan digunakan oleh Kementerian Kesihatan (diumumkan sebagai kluster),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya