Krisis kesihatan mental di New Zealand semakin teruk  - Utusan Malaysia

Krisis kesihatan mental di New Zealand semakin teruk 

JACINDA ARDERN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ZEALAND: Sistem kesihatan mental New Zealand berada dalam keadaan krisis dan senario itu semakin bertambah buruk berbanding empat tahun lalu. 

Lapor The Guardian, walaupun terdapat banyak usaha pemerintah untuk mereformasinya dan mengutamakan kesejahteraan negara, namun masalah itu dilihat semakin meningkat. 

Kerajaan yang ditadbir oleh Parti Buruh, Jacinda Ardern menzahirkan komitmen untuk meningkatkan rekod kesihatan mental yang baik di negara itu. 

New Zealand berdepan cabaran berterusan mengenai kesihatan mental termasuk kadar bunuh diri dalam kalangan golongan muda semakin tinggi. 

ISU NASIONAL 

Semasa Ardern memimpin kempen pilihan raya pertama 2017, beliau menjadikan kesihatan mental sebagai isu nasional. 

“Ini adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan daripada kesedihan dan kehilangan, untuk suburkan rasa cinta dan harapan kepada generasi masa depan. 

“Sekiranya saya dipilih untuk berkhidmat untuk anda, sudah pasti saya akan memikirkan tentang rakyat, kehidupan dan melakukan apa sahaja secara praktikal bagi keluarga yang mengalami kehilangan serta kerugian,” katanya semasa kempen pilihan raya ketika itu. 

Selepas setahun memegang tampuk pemerintahan, kerajaan Parti Buruh memperkenalkan bajet kelas pertama 2019 yang menarik perhatian antarabangsa untuk menyokong rakyat negara itu yang memerlukan pertolongan. 

Tahun sama, kesihatan mental menerima dana terbesar dan pecah rekod sebanyak NZ$1.9 bilion (RM5.4 bilion).   

Di sebalik pelaburan besar itu, pembaharuan terhadap aspek kesihatan mental ternyata berdepan kesukaran. 

Kadar insiden bunuh diri secara keseluruhannya di negara maju itu kekal statik dan sedikit menurun tahun lalu, selepas tertinggi pada 2019. 

JUMLAH PESAKIT BERTAMBAH

Laporan tahunan terkini diperoleh daripada Pejabat Kesihatan Mental dan Perkhidmatan Ketagihan dengan data dari 2018 hingga 2019 yang dikeluarkan semalam. 

Ketua Eksekutif Yayasan Kesihatan Mental, Shaun Robinson berkata, sangat sukar untuk mendapati keputusan yang positif kerana keadaan sekarang lebih buruk. 

“Krisis kesihatan mental di New Zealand semakin meningkat walaupun kerajaan memberikan perhatian terhadap perkara itu, ia jelas menunjukkan tidak mencukupi dan tidak berfungsi,” jelasnya. 

Laporan itu mendapati amalan mengurung pesakit kesihatan mental sendirian di bilik yang dikenali sebagai ‘pengasingan’ meningkat ketara sejak 2017 dan bertambah 10 peratus pada 2018 serta sembilan peratus lagi pada 2019.

Pesakit juga menghabiskan lebih banyak masa untuk dikunci dengan waktu purata pengasingan berlangsung selama 24 jam hingga melebihi 27 jam. 

Laporan itu juga menunjukkan perbezaan kaum yang ketara apabila bangsa Māori lima kali lebih tinggi dikurung di bilik pengasingan daripada kaum New Zealand yang lain.

Pengasingan seharusnya digunakan sebagai jalan terakhir bagi mengelakkan pesakit membahayakan diri sendiri atau orang lain. 

Penggunaan secara meluas di New Zealand dibantah oleh Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menentang penyeksaan dan pelanggaran hak asasi manusia, malah, lima tahun lalu pemerintah melancarkan projek yang bertujuan untuk menghentikan amalan itu pada 2020. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.