fbpx

15 Jun 2021, 7:36 am

  TERKINI

HDC, UMT bangunkan Pusat Inovasi Halal

HAIROL Ariffein Sahari (kiri) bertukar dokumen dengan Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar (kanan) dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pusat pembangunan halal di Kuala Terengganu, Terengganu. -UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebuah Pusat Inovasi Halal bakal ditubuhkan di negeri ini melalui kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari berkata, penubuhan pusat berkenaan akan membantu pembangunan ekosistem industri halal di Terengganu.

“HDC berhasrat menjadi pemudah cara dalam ekosistem industri halal negara bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Menerusi kerjasama ini, HDP membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim),” katanya selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara HDC dengan UMT di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT memiliki kepakaran bagi perkongsian ilmu dalam membangunkan Pusat Inovasi Halal tersebut.

“Kita yakin kerjasama ini boleh meningkatkan nilai komersial produk tempatan keluaran PKS di Terengganu,” katanya. -UTUSAN ONLINE