Fitnah KSU: Sabahkini2 berdepan tindakan saman MOT

Fitnah KSU: Sabahkini2 berdepan tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog Sabahkini2 susulan fitnah yang dilemparkan terhadap Ketua Setiausaha Kementeriannya, Datuk Isham Ishak.

Kenyataan berunsur fitnah itu merujuk kepada  artikel dimuat naik Sabahkini2 bertajuk, ‘Dulu di MOTAC disiasat SPRM kini di MOT KSU buat Runding Terus KTMB’ untuk kroni?’ yang diterbitkan blog tersebut baru-baru ini.

MOT menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat daripada peguam untuk tindakan lanjut seterusnya termasuk mengheret mana-mana pihak yang sengaja menyebar fitnah ke muka pengadilan. 

Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat terhadap blog Sabahkini2 untuk tindakan susulan.

“Kami ingin menjelaskan bahawa pihak yang meluluskan perolehan secara rundingan terus bagi projek KTMB itu adalah Kementerian Kewangan dan bukannya kementerian pelaksana.

“Malah, perolehan secara rundingan terus ini juga adalah mengikut pekeliling dan garis panduan ditetapkan iaitu PK7.15 – Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus,” katanya.

Katanya, iklan tender bagi Perolehan 10 Set Electric Train Set (ETS) Baharu telah dipamer pada 23 Januari 2020.

Namun, tambahnya, selepas tutup tempoh tender, hanya tiga petender yang mengemukakan cadangan dan Laporan Penilaian Tender telah dibentangkan kepada Lembaga Perolehan pada 23 Jun 2020. 

Bagaimanapun, katanya, kesemua petender tidak mencapai markah lulus bagi penilaian kewangan dan teknikal kerana tidak mencapai kriteria-kriteria yang ditetapkan di dalam dokumen tender.

Justeru, kata kenyataan itu, kerajaan mencadangkan proses secara rundingan terus kerana tiada petender yang lulus dan proses tender semula pula akan mengambil masa dan kesukaran mendapat syarikat yang berdaftar di bawah kategori pembuatan tren. 

Oleh itu, katanya, kerajaan telah menetapkan anggaran jabatan bagi perolehan itu sebanyak RM587 juta (selepas Makmal Pengurusan Nilai) tetapi perolehan secara rundingan terus dengan syarikat yang dianugerahkan kontrak adalah bernilai RM456 juta iaitu penjimatan sebanyak RM131 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya