Terkucil perkara biasa - Jamal Abdillah - Utusan Malaysia

Terkucil perkara biasa – Jamal Abdillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 61, berkata, isu terkucil ketika menyanyi adalah perkara biasa apabila ditanya mengenai persembahan Nabila Razali pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) 35, Ahad lalu.

Menurut penyanyi lagu Aku Penghibur itu kesihatan mungkin antara faktor persembahan suara penyanyi wanita itu ‘tergelincir’.

“Itu semua perkara biasa dan saya sendiri pun pernah terkucil gara-gara kerap membuat persembahan menyebabkan kondisi kesihatan terganggu.

“Jadi untuk Nabila dia perlu terus berusaha dan jangan patah semangat,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai kerjasama single bersama duo pemuda rap popular, Kmy Kmo dan Luca Sickta, Jamal yang ditemui pada sidang media Neraca di Menara Symphony, Petaling Jaya, menyifatkan lagu tersebut sarat dengan mesej berat.

“Mula-mula saya tertarik dengan melodi sementara nak faham maksud lirik ini ambila masa juga. Akhirnya pemahaman yang saya dapat adalah berkenaan hidup kita semua.

“Tanpa mengira kerjaya kadang-kadang bangun lewat, sepatutnya bangun waktu Subuh. Jadi kesimpulannya mesej lagu ini memberi peringatan kepada saya juga bukan kepada pendengar sahaja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN