Tengku Zafrul dahului penerima darjah Hari Wilayah Persekutuan

Tengku Zafrul dahului penerima darjah kebesaran Hari Wilayah Persekutuan

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 143 individu bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Mendahului senarai penerima istiadat sesi pertama itu ialah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) sekali gus membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima darjah SUMW ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain itu, seramai 15 individu dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Selain itu, seramai 41 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, 21 individu dianugerahkan Darjah Johan Mahkota Wilayah (JMW), 26 orang menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 11 individu dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 27 orang penerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Turut hadir pada istiadat itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN