`Tak mampu buat apa jika UMNO tak mahu kawan' - Utusan Malaysia

`Tak mampu buat apa jika UMNO tak mahu kawan’

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akur dengan keputusan UMNO yang tidak mahu bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tiada apa yang mampu dilakukan parti itu setelah UMNO tetap dengan keputusan tidak mahu bersama Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

“Kalau mereka (UMNO) sudah tak mahu berkawan, kami nak buat apa? Kami buat sajalah kerja kami. Kami akan bekerjasama dengan parti-parti lain dalam PN.

“Esok-esok (selepas PRU-15) kalau UMNO nak berkawan balik, marilah. Mungkin boleh berkawan dalam perpaduan ummah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Kuala Lumpur kelmarin, Ahmad Faizal berkata, mesyuarat berjalan baik di sebalik isu surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri mengenai keputusan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15.

“Mesyuarat berjalan seperti biasa, kami istiqamah, kami fighter. Kita akan memperkuatkan usaha untuk memperkukuh PN,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu selama lebih dua jam.

Mesyuarat membincangkan kerjasama parti itu dengan UMNO mengenai keputusan Ahli MT UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya