Rina Harun mula berkempen di Sepang? - Utusan Malaysia

Rina Harun mula berkempen di Sepang?

RINA HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persedia­an menuju Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hangat dan beberapa kawasan parlimen mulai menjadi ‘sasaran’ terma­suk Parlimen Sepang.

Kerusi itu dikatakan turut menarik minat Men­teri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Sebelum ini, beliau dilihat memberi 10,000 beg sekolah percuma kepada masyarakat di kawasan tersebut.

Aktiviti berkenaan dihebahkan menerusi pos­ter yang digantung sekeliling parlimen itu yang mana pemberian beg sekolah dibuat kepada semua pelajar tahun satu sesi 2021.

Melihat kepada rekod, ia bukan aktiviti pertama yang dilakukan Rina ke­rana sebelum ini terdapat beberapa gerakan yang sudah dijalankan, se­perti pemberian bantuan kepada barisan hadapan yang terlibat dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu kerana keputusan me­nempatkan ahli Bersatu untuk bertanding di mana-mana kerusi adalah keputusan pucuk pimpinan parti.

“Saya berasal dari Sepang, keluarga saya ada di sana, malah sebelum ini saya juga bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN