MN Selangor tolak pelantikan jawatan PeKT - Utusan Malaysia

MN Selangor tolak pelantikan jawatan PeKT

NOH Omar (tiga kanan) bersama Ahmad Yunus Hairi (tengah) memegang kenyataan menolak jawatan dalam PeKT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Muafakat Nasional (MN) Selangor menolak tawaran pelantikan jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini.

MN Selangor dalam kenyataan bersama berkata, Pas negeri telah menolak jawatan PeKT dengan tidak mencalonkan nama.

“Malah, walaupun telah menghantar nama sebelum ini, UMNO Selangor mengambil keputusan menolak jawatan PeKT ditawarkan sebagai tanda solidariti dan sokongan.

“UMNO dan Pas Selangor berpendapat bahawa jawatan dalam kerajaan bukan bahan tawar-menawar, sebaliknya lebih kepada untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukan dipergunakan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk  Dr. Ahmad Yunus Hairi.

PeKT adalah suatu inisiatif yang diwujudkan KPKT  bertujuan memperkasakan komuniti melalui pelaksanaan matlamat-matlamat Dasar Komuniti Negara.

PeKT menjadi wakil kepada Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN