fbpx

13 April 2021, 9:36 am

  TERKINI

Kerja pengalihan, penyambungan paip Air Selangor 73 % siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan Kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, sedang giat dijalankan.

Sehingga pukul 5 petang tadi, status kemajuan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu adalah pada tahap 73% seperti yang dijadualkan.

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini dijangka siap sepenuhnya pada pukul 9 malam hari ini.

Bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Air Selangor menyarankan para pengguna menggunakan air yang telah disimpan secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

POPULAR

KOSMO! TERKINI