Pasir Puteh: Selepas kering air mata menangisi ‘pemergian’ Muhammad Aman Firas Aman Shah yang dikhuatiri lemas dihanyutkan ombak, ibunya pasrah dan cuba menerima kenyataan itu sebagai ketentuan Allah SWT. Nik Nor Asyikin Nik Abdullah Sani, 36, sudah menyediakan kain batik bagi menutupi jasad anaknya jika ditemukan. Wanita itu juga membuat keputusan mahu mengebumikan si anak bersebelahan pusara neneknya di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Beris Lalang, Bachok. Bercakap kepada Utusan…











