Vaksin: Suntikan berperingkat anggota PDRM mulai Mac - Utusan Malaysia

Vaksin: Suntikan berperingkat anggota PDRM mulai Mac

ABD. Rahim Jaafar (kiri) mendengar taklimat daripada pegawainya berkaitan dengan situasi penugasan Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang hari ini.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Suntikan vaksin Covid-19 kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai antara kumpulan terawal akan dilakukan berperingkat mulai bulan depan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, sebagai permulaan, pihaknya sudah mula mengedarkan borang khas kepada anggota.

“Borang tersebut bertujuan mendapatkan maklumat sama ada anggota mempunyai masalah kesihatan atau alahan teruk terhadap vaksin. Kita minta semua anggota mengambil suntikan ini kecuali mereka yang ada masalah kesihatan atau alahan.

“Suntikan vaksin ini penting kerana anggota yang bertugas di lapangan berdepan dengan ancaman Covid-19,” katanya kepada selepas mendengar taklimat Sistem Dron Bersarang di Op Benteng Covid-19 di Markas PGA Lubok Stol di sini hari ini.

Hadir sama Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner Hasan Basri Ahmad Safar.

Dalam perkembangan berkaitan, Abd. Rahim berkata, penggunaan dron dilihat sebagai efektif kerana pengawasan operasi di sempadan negara dapat dipantau secara langsung menggunakan teknologi tersebut.

“Dengan adanya dron, PGA lebih mudah melakukan pemantauan dan membanteras kegiatan penyeludupan melalui Sungai Golok,” katanya.

Kata beliau, setakat ini, sebanyak 30 unit telah dibekalkan kepada PGA Briged Tenggara dan jumlah tersebut akan ditambah untuk agihan ke seluruh negara khususnya kepada pasukan yang mengawal sempadan negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN