PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 200 ulama dan profesional memutuskan keharusan terima vaksin Covid-19 demi mencegah jangkitan dan penularan wabak itu atas kepentingan menjaga nyawa dan kesihatan manusia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, beberapa peringkat perbincangan dilaksanakan sebelum membuat keputusan itu bermula dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat kertas berkaitan vaksin tersebut bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan disertai beberapa tokoh lain. Menurut beliau, keputusan…










