UMNO Bukit Gantang keluar notis tidak benarkan ahli kerjasama dengan Bersatu - Utusan Malaysia

UMNO Bukit Gantang keluar notis tidak benarkan ahli kerjasama dengan Bersatu

SURAT yang tidak membenarkan ahli UMNO Bahagian Bukit Gantang mengadakan kerjasama politik dengan Bersatu. - UTUSAN/GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: UMNO Bahagian Bukit Gantang tidak membenarkan semua ahli bahagian itu mengadakan sebarang bentuk kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Melalui satu surat yang dikeluarkan UMNO bahagian itu hari ini dan dimajukan kepada semua Exco UMNO bahagian, jawatan kuasa bahagian dan ketua-ketua sayap bahagian serta cawangan menggesa supaya pemimpin dan ahli di setiap peringkat tidak bekerjasama dengan mana-mana parti lawan termasuk Bersatu.

Surat itu turut tidak membenarkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan parti pembangkang membabitkan Pejuang, PKR dan DAP.

Walaupun terdapat larangan bekerjasama dengan Bersatu yang menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri ketika ini, larangan itu bagaimanapun, tidak membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah) yang juga sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan (Plus).

Difahamkan, perkara itu diputuskan menerusi perbincangan Exco Biro Politik UMNO Bahagian Bukit Gantang yang dibuat selepas wujud pelawaan daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang daripada Bersatu untuk bertemu dengan ketua-ketua Wanita UMNO cawangan Parlimen berkenaan.

Pertemuan yang dijadualkan pada Jumaat itu adalah dil uar pengetahuan dan makluman UMNO Bahagian dan dianggap sebagai satu tindakan melanggar hierarki parti.

Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohd. Saadin Yusof ketika dihubungi berkata, surat itu dikeluarkan sebagai satu formaliti menunjukkan ketegasan dan pendirian UMNO Bahagian berhubung perkara itu.

Katanya, ramai ahli terutama peringkat akar umbi yang belum jelas kedudukan bentuk kerjasama antara UMNO dan Bersatu terutama di peringkat bahagian.

“Saya kira sewajarnya pendekatan seperti ini dibuat awal dahulu supaya ahli-ahli kita tidak tertanya-tanya.

“Buat masa ini, ketetapan yang kita buat adalah untuk melarang sebarang bentuk kerjasama kecualilah ia telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO,” kata ketika dihubungi hari ini.

Pimpinan UMNO Bahagian Bukit Gantang sebelum ini pernah mendesak agar Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal meletak jawatan kerana mendakwa telah mengkhianati parti.

Desakan itu dibuat selepas Syed Abu Hussin mengumumkan keluar UMNO serta meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dan kini menyertai Bersatu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya