fbpx

16 September 2021, 11:29 pm

  TERKINI

Tarik kelulusan i-Sinar umpama tindakan birokrasi – Farhash

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak membidas tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menarik semula kelulusan permohonan i-Sinar pencarum mereka, baru-baru ini.

Beliau berkata, masalah teknikal yang berlaku di portal uatama i-Sinar membuatkan rakyat yang terdesak terpaksa merayu untuk mengeluarkan wang simpanan mereka.

“Kelewatan meluluskan permohonan pengeluaran wang KWSP seolah-olah membuatkan pencarum perlu ‘mengemis’ demi wang hasil titik peluh sendiri. Saya berharap masalah ini dapat ditangani sebaik mungkin tanpa kompromi.

“Alasan yang diberikan adalah masalah teknikal di portal utama i-Sinar bagaikan satu kesulitan langsung birokrasi yang tidak mengutamakan keperitan rakyat terkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Januari lalu, lebih tiga juta permohonan bagi kemudahan i-Sinar dikatakan sudah diluluskan dengan jumlah sebanyak RM24 bilion.

Farhash Wafa Salvador berkata, dengan keadaan rakyat yang semakin susah akibat kehilangan pekerjaan dan mata pencarian, wang KWSP adalah penyelamat mereka.

“Kehilangan sumber pendapatan harus ditangani demi kelangsungan kehidupan rakyat dan wang KWSP adalah penyelesaian jangka masa terdekat bagi mereka.

“Sebilangan besar pemohon i-Sinar adalah golongan M40 dan B40 yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan. Walaupun pengeluaran ini seringkali disebut akan menjejaskan wang persaraan mereka, namun ia wajar demi mengatasi masalah terdekat yang dihadapi ketika pandemik Covid,” katanya. – UTUSAN ONLINE