Syarikat penerbit buku Tommy diambil keterangan - Utusan Malaysia

Syarikat penerbit buku Tommy diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Syarikat penerbit buku yang ditulis bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, mengesahkan sudah memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa berunsur hasutan, penghinaan dan fitnah.

Pengasas Gerakbudaya, Chong Ton Sin memberitahu Utusan Malaysia, percakapannya dirakam hampir satu jam di pejabat beliau di Petaling Jaya di sini pada Jumaat lalu.

“Beberapa pegawai dan anggota polis dipercayai dari Bukit Aman telah hadir ke pejabat kami.

“Mereka rakam keterangan saya untuk bantu siasatan kes buku itu,” katanya di sini.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika turut dihubungi memberitahu, siasatan masih berjalan dan beberapa pihak akan dipanggil dalam masa terdekat termasuk Tommy.

“Biar kami siasat dahulu, apa sahaja akan dimaklumkan,” jelasnya.

Gerakbudaya adalah syarikat penerbit buku itu yang ditulis Tommy.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Tommy akan memberikan kerjasama penuh berhubung lebih 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya berikutan penerbitan buku itu.

Peguam Sangeet Kaur berkata, bagaimanapun sehingga kini anak guamnya belum dipanggil polis untuk diambil keterangan.

Difahamkan, belum ada tarikh lagi ditetapakn terhadap Tommy dan mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya.

Dalam pada itu, Tommy juga ada menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk menyatakan hasrat anak guam kami bagi memberi kerjasama penuh terhadap siasatan itu.

Terdahulu, tiga kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Tberhubung penulisan bukunya itu.

Abdul Hamid berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, Seksyen 203A (1) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Katanya, kertas siasatan dibuka merujuk kepada tiga laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cyberjaya, IPD Sentul dan IPD Dang Wangi.

Pada 31 Januari, Tommy mengeluarkan buku memoir 573 muka surat yang antara lain memaparkan kisah kejayaan dan kegagalan sewaktu pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan daripada perspektifnya.

Itu termasuk melibatkan beberapa isu antaranya, krisis 1Malaysia Development Berhad; kontroversi pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik serta kisah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya