SEREMBAN: Akur dengan arahan tiada persembahan tarian singa dan naga bagi sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, tempat latihan tarian tersebut yang lazimnya meriah kali ini ia sepi serta lengang. Ketua Jurulatih Tarian Singa Persatuan Kesenian Gui Qing Negeri Sembilan, Lew Sai Tet berkata, kebiasaannya sejak Ogos lagi, dewan persatuan tersebut mulai ‘hidup’ dengan latihan kira-kira 30 pemain tarian singa iaitu individu lelaki seawal usia enam tahun hingga 28 tahun.…










