Seorang parah: Dua kumpulan kongsi gelap bergaduh - Utusan Malaysia

Seorang parah: Dua kumpulan kongsi gelap bergaduh

EMPAT individu yang diburu bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Gara-gara tidak berpuas hati, seorang lelaki parah ditetak menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan di taman perumahan di Klang Utama, di sini Jumaat lalu.

Pergaduhan melibatkan kongsi gelap iaitu Geng 21 dan 18 itu mengakibatkan salah seorang ahli daripada kumpulan itu berusia 30-an cedera di tangan, kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi dan berpunca daripada tidak puas hati antara kedua-dua kumpulan.

“Mereka dikatakan tidak puas hati kerana melaporkan kejadian gaduh melibatkan kumpulan lain.

“Pergaduhan ini menyebabkan rakan mereka telah ditangkap dan dipenjarakan. Akibat pergaduhan, bapa mangsa berusia 59 tahun telah membuat laporan polis.

“Susulan laporan polis telah membawa kepada penahanan empat orang suspek berusia 20 hingga 40-an,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nurulhuda berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampu membabitkan kekerasan, samun dan mendatang cedera.

“Kesemua mereka kini direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Kita kini memburu empat lagi suspek masing-masing dikenali Daniel Arvind Peter, 23 ; V. Mahendran, 28 ; G. Navaratnam , 29 dan Balamurugan, 27 yang kesemuanya beralamat di Bukit Raja di sini.

“Siasatan lanjut sedang diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 / 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dan merusuh,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya