Sayap Wanita bantu golongan wanita ketika pandemik Covid-19 - Utusan Malaysia

Sayap Wanita bantu golongan wanita ketika pandemik Covid-19

SUKARELAWAN Sayap Wanita IPSI yang ditubuhkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan bagi membantu wanita yang terkesan dengan pandemik Covid-19 di sekitar Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang (IPSI) menubuhkan Sayap Wanita khusus untuk membantu golongan wanita dalam usaha dakwah terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Presiden IPSI, Datuk Kamarudin Abdullah berkata, objektif utama Sayap Wanita IPSI itu adalah bagi memperkenal peranan wanita dalam Islam khasnya kepada wanita bukan Islam.

Selain itu tambah beliau, Sayap Wanita IPSI juga akan berperanan sebagai satu kumpulan sokongan wanita ketika berdepan kesukaran hidup dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Ketika PKP ini kita dapati aktiviti dakwah serta usrah terutama dalam kalangan wanita agak terbatas kerana pelbagai kekangan.

“Disebabkan itu, IPSI mengambil inisiatif untuk menubuhkan Sayap Wanita untuk memberikan sokongan khusus buat wanita di negara ini berdepan dengan pelbagai cabaran,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kamarudin, Sayap Wanita itu dipengerusikan oleh Datin Siti Sara Ramli dan pelbagai program diatur seperti usrah secara online serta aktiviti dakwah secara kebajikan.

“Sayap Wanita IPSI juga secara khusus memenuhi keperluan khidmat nasihat, pendidikan dan pembangunan wanita Islam ketika pandemik Covid-19.

”Kumpulan sokongan wanita ini juga akan membantu saudara baharu wanita untuk lebih memahami ajaran Islam,” katanya.

Tambah beliau Sayap Wanita IPSI akan menganjurkan program kekeluargaan Islam bagi menangani masalah keluarga dan remaja pada masa ini yang berdepan pelbagai cabaran.

“Orang ramai digalakkan untuk menyertai Sayap Wanita IPSI dan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dengan mengimbas QR Code sukarelawan Sayap Wanita IPSI di laman Facebook IPSI,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya