Puji hingga naik syahwat haram - Utusan Malaysia

Puji hingga naik syahwat haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soal jawab agama

Soalan
1. Apakah hukum seorang lelaki memuji kecantikan wanita selain isterinya?

2. Apa hukum wanita mencantikkan diri dengan mengubah penampilan diri seperti daripada kulit hitam menjadi putih atau gemuk menjadi kurus?

Halina Jafri, Temerloh, Pahang

Jawapan
1. Memuji kecantikan wanita secara umum tidak mengapa seperti `orang Rusia lawa, ’ namun memuji wanita tertentu dengan ada syahwat adalah terlarang. Sekiranya memuji kecantikan dengan menyatakan kepada wanita tersebut tidak mengapa. Adapun untuk diri sendiri bergantung kepada niat adakah dia ingin berkahwin dengan wanita itu atau sekadar bermain-main? Sekiranya sudah berkahwin tidak mengapa jika dia mengetahui isterinya tidak berkecil hati. Kalau isteri berkecil hati lebih baik elakkan memuji kecantikan wanita lain di hadapan isteri.

2. Mengubah kulit kepada warna putih daripada hitam adalah haram kerana ia mengubah ciptaan Allah SWT. Ada pun menguruskan badan dengan dengan bantuan dan nasihat doktor pakar untuk niat kesihatan tidak mengapa. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN