'Perjalanan itu sukar namun pengakhirannya indah' - Elisya Sandha - Utusan Malaysia

‘Perjalanan itu sukar namun pengakhirannya indah’ – Elisya Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kini sudah berpunya, pelakon wanita, Elisya Sandha semalam selamat melangsungkan majlis pertunangannya dengan anak sulung penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly, Uzair Haqimy.

Elisya yang dilihat manis mengenakan busana renda berwarna putih telah memuat naik sekeping gambar dalam akaun Instagramnya hari ini sebagai perkongsian dan tatapan semua pihak terutama buat peminat-peminat.

Elisya pada gambar tersebut dilihat sedang menunjukkan cincin tanda di jari manisnya, membuktikan dirinya kini sudah menjadi tunangan Uzair.

“Syukur, Alhamduillah. One Step Closer,” tulisnya pada ruangan kapsyen gambar tersebut.

Selain Elisya, akaun milik Sheila dan suaminya, Azman Yahya atau Jinggo juga dihujani dengan ucapan-ucapan tahniah daripada keluarga, rakan terdekat, artis tanah air serta peminat sejak dari semalam.

Dalam pada itu, adik kepada aktres terkenal tanah air, Fasha Sandha ini juga dilihat turut berkongsi emosi dan rasanya di ruangan Instagram Story.

“Allah SWT tahu apa yang terbaik buat saya dan bilakah masa terbaik untuk saya memperolehinya. Syukur Alhamdulillah.

“Memang benar setiap perjalanan yang sukar itu akan membawa kepada sebuah pengakhiran yang indah. Ini adalah tangisan air mata yang tidak akan saya lupakan. Di saat dan ketika ini, saya amat bersyukur,” katanya.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN